Khamis, 2 Julai 2009

Pameran Pusat Sumber

Setiap tahun,pusat sumber telah mengadakan pameran bagi tujuan untuk mengiktiraf hasil kerja pelajar dan guru. Setiap hasil kerja pelajar akan dipamerkan di galeri sejarah supaya bahan tersebut tidak hilang dan dapat di lihat oleh pelajar lain. Antara hasil kerja pelajar adalah seperti di bawah iaitu bekas meletak barang yang diperbuat dari kayu.

Selain dari hasil pelajar, pusat sumber juga membuat pameran bahan berasaskan buluh iaitu bakul,saji dan sebagainya. (lihat gambar)


Pusat sumber juga mengadakan pertandingan buku skrap di mana pelajar menggunakan surat khabar yang ada di perpustakaan untuk dijadikan skrap. Kemudian ia akan dipamerkan di galeri sejarah.Pertandingan poster juga dijalankan dan hasil pelajar yang menang akan dipamerkan di galeri sejarah.