Rabu, 1 Julai 2009

Matlamat

Matlamat ialah tujuan untuk mencapai perubahan tingkah laku atau ‘behaviour change’ dalam jangka masa panjang yang tidak mungkin kita capai dengan segera atau dalam masa pendedahan yang begitu singkat. Dengan pengertian yang sama, matlamat Pusat Sumber Sekolah boleh dirumuskan sebagai:

Mempertingkatkan mutu pendidikan di sekolah.
Membentuk profesion perguruan yang berilmu, dinamik, kreatif, inovatif,
dan berdisiplin.
Membentuk golongan pelajar yang berilmu, dinamik, kreatif, dan berdisiplin.
Merapatkan jurang perbezaan kemudahan pendidikan antara sekolah luar bandar dengan sekolah bandar.