Khamis, 2 Julai 2009

Pameran Pusat Sumber

Setiap tahun,pusat sumber telah mengadakan pameran bagi tujuan untuk mengiktiraf hasil kerja pelajar dan guru. Setiap hasil kerja pelajar akan dipamerkan di galeri sejarah supaya bahan tersebut tidak hilang dan dapat di lihat oleh pelajar lain. Antara hasil kerja pelajar adalah seperti di bawah iaitu bekas meletak barang yang diperbuat dari kayu.

Selain dari hasil pelajar, pusat sumber juga membuat pameran bahan berasaskan buluh iaitu bakul,saji dan sebagainya. (lihat gambar)


Pusat sumber juga mengadakan pertandingan buku skrap di mana pelajar menggunakan surat khabar yang ada di perpustakaan untuk dijadikan skrap. Kemudian ia akan dipamerkan di galeri sejarah.Pertandingan poster juga dijalankan dan hasil pelajar yang menang akan dipamerkan di galeri sejarah.


Pameran Buku

Pameran telah diadakan pada 14 April 2009 sempena bulan pusat sumber. Syarikat yang mengadakan pameran tersebut ialah syarikat buku Taikuang,Segamat.semua pelajar diberi peluang untuk melihat pameran buku tersebut.

Rabu, 1 Julai 2009

Album PSS

Taklimat pss semasa orientasi tingkatan 1

Program memasak sempena perkhemahan nmembaca














Pencapaian PSS

Saguhati dalam pertandingan PSS cemerlang peringkat negeri kategori luar bandar tahun 2005
PSS Cemerlang 4 tahun berturut-turut(2005-2008) peringkat Pkg Rompin

Aktiviti PSS



Perkhemahan Membaca peringkat sekolah



Pusat Sumber sekolah dengan kerjasama unit kaunseling telah mengadakan perkhemahan membaca peringkat sekolah bagi menggalakkan pelajar minat membaca di samping menarik minat pelajar menggunakan bahan-bahan yang di perpustakaan sekolah. Pelajar merasa sangat gembira dan terhibur dengan aktiviti yang dilaksanakan .


Orientasi Tingkatan Enam Rendah



Pusat sumber sekolah telah mengadakan program jejak maklumat sempena minggu orientasi pelajar tingkatan enam rendah. Selain memperkenalkan pusat sumber sekolah,Guru perpustakaan dan Media ,Pn Sharifah Raudhah dengan kerjasama guru kauseling ,Pn Nor Azimah Idayu dan En Khairul telah menjalankan program tersebut supaya pelajar dapat menggunakan bahan-bahan di pusat sumber dengan berkesan dan efektif.Pelajar telah diberikan tugasan dalam bentuk kumpulan dengan berbagai halangan yang terpaksa mereka tempuhi dengan menggunakan bahan-bahan yang ada di pusat sumber sekolah.



Lawatan Pusat Sumber Ke Pesta Buku Antarabangsa
















Pusat sumber telah telah mengadakan rombongan ke pesta buku Antarabangsa pada 17 April 2009 untuk 40 orang pengawas pusat sumber dan 4 orang guru perpustakaan .Ini bertujuan untuk mendedahkan pengawasan perpustakaan tentang buku-buku yang ada di pasaran dan menanam minat membaca dalam kalangan pelajar dan guru. Selepas lawatan,pelajar dan guru di bawa melawat ke Masjid Putrajaya untuk berehat dan melihat pemandangan yang cantik.


Bulan Pusat Sumber 2009








Bulan pusat Sumber telah disempurnakan oleh pengetua kanan SMK Seri Perpatih pada 8 April 2009 bertempat di dewan Ibnu Khaldun.Majlis diserikan dengan persembahan daripada pelajar. Sempena bulan pusat sumber beberapa pertandingan telah diadakan iaitu pertandingan bercerita,memancing,memasak,bersajak,menulis cerpen ,menulis sajak,melukis poster ,menulis jawi dan permainan.Majlis penutup diadakan pada 15 Mei 2009 dan disempurnakan oleh Puan Hajah Sarieh binti Md Din,pengetua kanan SMK Seri Perpatih.














































Kemudahan PSS

Pondok bacaan untuk kemudahan pelajar belajar berkumpulan atau berehat

Taman hijau untuk kemudahan pembelajaran pelajar sains pertanian

Galeri sejarah- berbagai bahan-bahan sama ada hasil kerja pelajar atau guru dipamerkan . Gambar menunjukkan jenis-jenis wang kertas yang ada di dunia.


Makmal IT untuk kegunaan pelajar dan tempat kursus komputer diadakan.



Kemudahan buku rujukan untuk pelajat PMR,SPM dan STPM


Kemudahan pinjaman dan pemulangan buku untuk pelajar ,guru dan staf sokongan







·· Pinjaman BBM/Peralatan audio visual
· Mengambil foto untuk aktiviti sekolah
· Peralatan siar raya
· Bank Soalan
· Fotostat
· Laminated
· Binding
· Internet












Program Nilam

NILAM(Nadi Ilmu Amalan Membaca)merupakan penggabungan atau adunan semua aktiviti galakan membaca yang pernah dijalankan di sekolah dengan memberi pengiktirafan yang sesuai.Program ini merupakan satu pendekatan untuk mengatasi masalah-masalah yang menghalang penyuburan tabiat membaca di kalangan warga sekolah.

Alamat

SMK Seri Perpatih,Pusat Bandar Palong 4,5 &6
73430 Gemas,
Negeri Sembilan.

Gambar sekolah

Pandangan hadapan Dewan Ibnu khaldun SMK Seri Perpatih.



Carta Organisasi

PENASIHAT

PN HAJAH SARIEH BINTI MD DIN

(PENGETUA)

PENGERUSI
EN NOR AMAI SHAM
(GPK )

SETIAUSAHA
PN SHARIFAH RAUDHAH
(GURU PERPUS. & MEDIA)
KB BAHASA
PN. NORSALAWATI
KB SAINS
PN. CHE KAMARIAH
KB KEMANUSIAAN
EN OMAR BIN AHMAD
KB TEKNIK & VOKASIONAL
EN SHAHID BIN KADIRAN
PENASIHAT
PN HAJAH SARIEH BT MD DIN
(PENGETUA)
KETUA-KETUA PANITIA

BM: PN. ROZIAH MISRAN
BI: PN DIANA PATRICK.
BA: EN SEYUTI IBRAHIM
PA : PN HAMIZAN

KETUA-KETUA PANITIA

SN:CIK NORLIZA KHAMIM
MT: PN SURAHANI
FIZ : PN RAHIMAH
BIO : EN RAZALI
KIM : EN NORAZMI



KETUA-KETUA PANITIA

SJ: PN KHAMSIAH
PI: EN NAZRI HUSSEIN
PM: PN SHARIFAH
PJPK: ENMOHD FADZIL
PSV: CIK NORASMAH
SIV : EN. MAZLAN
GEO : EN ZULRIMIZAN
KETUA-KETUA PANITIA

PD/EKO/PA: PN ZAINON
LK: EN. ABD RAHMAN
KH: EN. ZAMRI
MPV: CIK HASLINA
ICT : PN NORAIDAH
RC : PN JAMILAH
SPN : EN MOHD ASRI
ERT : PN ZAITON
H.R.A : EN SHAHRIZAL

Objektif

  • Meningkatkan kualiti pendidikan hasil dari proses pengajaran dan pembelajaran
    · Melahirkan minat membaca pada pelajar
    · Mengesan dan mengenal pasti masalah pengajaran dan pembelajaran
    · Memupuk ikhtiar dan minat guru ke arah mempertingkatkan profesionalisme
    · Mempertingkatkan dan melahirkan pelajar yang berilmu tinggi dan berdaya saing
    · Menyebar maklumat, pengetahuan dan inovasi pendidikan
    · Membudayakan memberi peluang kepada semua pelajar merancang,menyelidik dan
    menggunakan sumber dalam mata pelajaran.
    · Menyediakan kemudahan sosial dan teknikal kepada guru
    · Mewujudkan dan menyediakan prasarana Sumber yang terbaik untuk pelajar
    · Pemangkin ICT setempat

Visi dan Misi

Matlamat

Matlamat ialah tujuan untuk mencapai perubahan tingkah laku atau ‘behaviour change’ dalam jangka masa panjang yang tidak mungkin kita capai dengan segera atau dalam masa pendedahan yang begitu singkat. Dengan pengertian yang sama, matlamat Pusat Sumber Sekolah boleh dirumuskan sebagai:

Mempertingkatkan mutu pendidikan di sekolah.
Membentuk profesion perguruan yang berilmu, dinamik, kreatif, inovatif,
dan berdisiplin.
Membentuk golongan pelajar yang berilmu, dinamik, kreatif, dan berdisiplin.
Merapatkan jurang perbezaan kemudahan pendidikan antara sekolah luar bandar dengan sekolah bandar.

SEJARAH PSS

Pusat Sumber Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Perpatih asalnya dikenali sebagai Perpustakaan Sekolah menengah Kebangsaan palong 4. Perpustakaan bermula dengan 2 buha bilik yang kecil dengan jumlah buku yang kecil. Apabila Perpustakaaan sekolah dinaiktaraf pada tahun 2001,bilik perpustakaan telah bertambah kepada 4 buah bilik yang utama iaitu perpustakaan utama,bilik Bahan Bantu Mengajar dan bilik akses Kendiri serta Galeri sejarah.. Bermula pada tahun 1990 perpustakaan ini dijadikan Pusat Sumber Sekolah dan diletakkan di bangunan baru.

mari belajar blog

Jom pergi minum