Rabu, 1 Julai 2009

Aktiviti PSS



Perkhemahan Membaca peringkat sekolah



Pusat Sumber sekolah dengan kerjasama unit kaunseling telah mengadakan perkhemahan membaca peringkat sekolah bagi menggalakkan pelajar minat membaca di samping menarik minat pelajar menggunakan bahan-bahan yang di perpustakaan sekolah. Pelajar merasa sangat gembira dan terhibur dengan aktiviti yang dilaksanakan .


Orientasi Tingkatan Enam Rendah



Pusat sumber sekolah telah mengadakan program jejak maklumat sempena minggu orientasi pelajar tingkatan enam rendah. Selain memperkenalkan pusat sumber sekolah,Guru perpustakaan dan Media ,Pn Sharifah Raudhah dengan kerjasama guru kauseling ,Pn Nor Azimah Idayu dan En Khairul telah menjalankan program tersebut supaya pelajar dapat menggunakan bahan-bahan di pusat sumber dengan berkesan dan efektif.Pelajar telah diberikan tugasan dalam bentuk kumpulan dengan berbagai halangan yang terpaksa mereka tempuhi dengan menggunakan bahan-bahan yang ada di pusat sumber sekolah.



Lawatan Pusat Sumber Ke Pesta Buku Antarabangsa
















Pusat sumber telah telah mengadakan rombongan ke pesta buku Antarabangsa pada 17 April 2009 untuk 40 orang pengawas pusat sumber dan 4 orang guru perpustakaan .Ini bertujuan untuk mendedahkan pengawasan perpustakaan tentang buku-buku yang ada di pasaran dan menanam minat membaca dalam kalangan pelajar dan guru. Selepas lawatan,pelajar dan guru di bawa melawat ke Masjid Putrajaya untuk berehat dan melihat pemandangan yang cantik.


Bulan Pusat Sumber 2009








Bulan pusat Sumber telah disempurnakan oleh pengetua kanan SMK Seri Perpatih pada 8 April 2009 bertempat di dewan Ibnu Khaldun.Majlis diserikan dengan persembahan daripada pelajar. Sempena bulan pusat sumber beberapa pertandingan telah diadakan iaitu pertandingan bercerita,memancing,memasak,bersajak,menulis cerpen ,menulis sajak,melukis poster ,menulis jawi dan permainan.Majlis penutup diadakan pada 15 Mei 2009 dan disempurnakan oleh Puan Hajah Sarieh binti Md Din,pengetua kanan SMK Seri Perpatih.